Bukan klon la

0
1

BUKAN klon tetapi kereta curi, kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan.

Beliau menafikan gambar tular di media sosial, mendakwa kereta jenis Mazda yang ditemui di kawasan parkir di Bangi, dekat Kajang adalah kenderaan klon.

Katanya, kereta itu sebaliknya dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan.

“Kita ada terima laporan berhubung penemuan kereta itu di kawasan berkenaan.

“Polis akan menghantar kenderaan itu ke Kuantan selepas siasatan mendapati ia dicuri di sana.

“Setakat ini, tiada pemandu atau individu dikesan mencuri kereta terbabit,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang pemilik Mazda didakwa tidak tahan di saman atas kesalahan individu lain yang dikatakan menggunakan nombor pendaftaran yang sama.

Pemilik asal yang didakwa datang dari Johor untuk menjejaki kereta yang sama dengan miliknya di Bangi. -Malaysiapost.