Arab Saudi dijangka jalin hubungan dengan Israel

0
2

Foto Kredit: getty images

[DUNIA] PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mendakwa Arab Saudi dijangka turut menjalinkan hubungan dengan Israel selepas langkah diplomatik itu diambil Bahrain dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada majlis di Rumah Putih, semalam.

Ditanya sama ada beliau menjangkakan Arab Saudi menyusuli tindakan berkenaan, Trump berkata: “Ya. Saya sudah bercakap dengan Raja Arab Saudi.”

Berita Harian memetik AFP melaporkan, malah, Trump memaklumkan, perkara itu akan berlaku ‘pada masa yang tepat’.

“Saya fikir tujuh atau lapan atau sembilan lagi negara akan menjalinkan hubungan dengan Israel,” katanya. -Malaysiapost