Lelaki tunjuk kemaluan pada jiran ditahan

0
1

SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai menunjukkan kemaluan kepada jirannya di halaman rumahnya di Taman Dato Hormat, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita berusia 47 tahun yang juga jiran suspek, semalam.

Katanya, wanita itu menyatakan terdapat seorang lelaki yang berada di kawasan halaman rumahnya telah menunjukkan kemaluan kepada pengadu semasa melalui di hadapan rumah suspek.

“Pada jam 8.30 malam tadi sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah pergi ke rumah terbabit dan menahan suspek lelaki berumur 33 tahun,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Nik Ezanee, saspek direman sehari dan disiasat mengikut Seksyen seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan kelucahan melampau.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun,” ujarnya. – Malaysiapost