Cincin tunang Ronaldo paling mahal, bernilai RM3.2 juta

0
2

BINTANG bola sepak, Cristiano Ronaldo mendahului tangga senarai cincin pertunangan pemain bola sepak dunia paling mahal selepas menghadiahkannya kepada tunangnya, Georgina Rodriguez.

Bintang Juventus itu dilaporkan membeli cincin berkenaan pada harga 615,000 pound (RM3.27 juta).

Memetik laporan GamblingDeals, antara yang termasuk dalam senarai cincin pertunangan termahal membabitkan sukan bola sepak adalah penjaga gol England, Jordan Pickford di tempat kedua dengan nilai 500,000 pound (RM2.66 juta) untuk isterinya, Megan Davison.

Seterusnya, Ashley Cole di tempat ketiga dengan cincin bernilai 275,000 pound (RM1.46 juta) untuk bekas isterinya, Cheryl, menurut laporan The Sun hari ini.

Namun begitu, usahawan permata bernama Roseanna Croft memberitahu, bintang England, Harry Kane hanya di kedudukan ke-10 dengan cincin bernilai 180,000 pound (RM957,000) untuk isterinya, Katie Goodland,

Georgina dan Ronaldo mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun, Alana selain menjaga tiga lagi iaitu pasangan kembar, Eva dan Mateo berusia tiga tahun serta Cristiano Jr, 10.

Pasangan terkenal itu pertama kali bertemu pada 2016 dan bintang Juventus tersebut dikatakan meminta jelitawan Sepanyol itu mengahwininya pada 2018.

Georgina didapati menyarung cincin berlian itu beberapa kali dan pada 2018 dia memberi bayangan sudah pun bertunang dengan Ronaldo. – Malaysiapost