Seminar Usahawan Mukmim lengkapkan sahsiah diri

0
2

SERAMAI 20 Perintis Usahawan Mukmin dari Koperasi Azlan Al Amin dibawa menaiki helikopter sekitar Sungai Buloh dan Puncak Alam sebagai simbolik penutup seminar Usahawan Mukmin, hari ini.

Pengerusi Koperasi Azlan Al Amin, Muhammad Azlan Al Amin, berkata Seminar Usahawan Mukmin bertujuan memperkenalkan konsep Usahawan Mukmin kepada usahawan.

“Ia bertujuan untuk melengkapkan sahsiah diri mereka untuk berjaya dunia akhirat,” katanya.

Azlan memaklumkan, seminar itu adalah yang pertama diadakan dan dijangkakan bermula bulan Oktober depan, Koperasi Azlan Al Amin akan mengadakan lebih banyak seminar diseluruh negara.

“Saya bersama pakar motivasi Ustaz Pahrol Mohamad Juoi akan berkongsi kemahiran, kepakaran dan bakat untuk melahirkan usahawan dalam pelbagai bidang khususnya bidang hartanah dan pembinaan,” katanya.

Katanya, Koperasi Azlan Al Amin mensasarkan untuk melatih 10,000 usahawan dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Syarat menyertai Seminar Usahawan Mukmin ialah mereka harus berminat dengan bidang keusahawanan.

“Dengan yuran serendah RM250, mereka akan diberi pilihan fasa didalam seminar tersebut mengikut minat mereka didalam bidang masing-masing,” katanya. -Malaysiapost.