Akhirnya Proton dedah wajah X50

0
2

Aiman Hanif

SELEPAS sekian lama peminat automotif berteka-teki mengenai wajah baru Proton X50, akhirnya Proton secara rasmi mendedahkan wajah sebenar kenderaan utiliti sukan (SUV) itu di Facebook rasminya.

Bagaimanapun tiada penerangan menyeluruh mengenai model baharu itu daripada Proton.

Proton X50 adalah “adik” kepada Proton X70 dan bakal ditayangkan buat kali pertama kepada media pada 15 September ini.

Model ini adalah kesinambungan kepada kejayaan Proton X70 yang telah menlonjakkan kembali penjualan kenderaan keluaran syarikat automobil itu.

Seperti diketahui, X50 ialah SUV daripada model Geely Binyue yang dibina berasaskan platform Arkitektur Modular Segmen-B (BMA), dibangunkan Geely bersama Volvo Cars.

Pada 4 Ogos lalu, Proton Holdings Bhd merekodkan jualan bulanan tertinggi dalam tempoh lapan tahun apabila menjual 13,216 unit kenderaan pada Julai.

Pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan berkata, jualan tertinggi sejak Jun 2012 itu turut memberi impak positif kepada Proton dengan menyaksikan jenama automotif Malaysia sekali lagi menguasai pasaran dengan menyumbang 63.2 peratus jumlah jualan bulan lalu.- Malaysiapost