84 diberkas ingkar PKP

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

SERAMAI 84 individu ditahan polis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu, seramai 76 individu telah dikompaun manakala lapan lagi direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan keluar masuk iaitu sebanyak 28 kes dan tidak memakai pelitup muka sebanyak 22 kes.

“Selain aktiviti dengan membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal sebanyak 14 kes dan 20 kes aktiviti di dalam pub/kelab malam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam Operasi Benteng, pihak berkuasa berjaya melakukan tangkapan yang membabitkan 108 pentadang asing tanpa izin (PATI) dan seorang penyeludup.

“Turut dirampas sebuah bot dan dua kenderaan darat. Sebanyak 78 Sekatan Jalan Raya (SJR) juga turut diadakan semalam.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya.-Malaysiapost