Tiada penjarakan fizikal, kesalahan ingkar PKP tertinggi semalam

0
2
KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sidang media perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen hari ini.
Mana-mana warga asing atau rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, perlu menjalani prosedur Kuarantin Wajib selama 14 hari di stesen kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan, bermula 24 Julai dan bukan lagi di rumah.
--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR, July 21 -- Senior Minister (Security Cluster) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a news conference on the Recovery Movement Control Order (RMCO) at Parliament building, today.
Beginning July 24, Malaysians and foreigners coming back from overseas will have to undergo 14 days of compulsory isolation at designated quarantine stations and not at their own homes.
--fotoBERNAMA (2020) COPYRIGHTS RESERVED

Muhammad Mustakim Ramli

AKTIVITI membabitkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal adalah kesalahan yang paling tinggi ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), semalam iaitu sebanyak 143 kes.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata jumlah itu merangkumi 312 kes yang diambil tindakan oleh polis, di mana 267 individu dikompaun manakala 38 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan/catitan keluar masuk (37), tidak memakai pelitup muka (23).

“Selain aktiviti di dalam kelab malam (70), warga asing tanpa dokumen perjalanan (7), premis beroperasi melebihi tempoh (1) dan disyaki menjalankan aktiviti pelacuran (31),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam Operasi Benteng, pihak berkuasa melakukan tangkapan yang membabitkan 86 pendatang asing tanpa izin (PATI), seorang penyeludup dan seorang tekong. 

“Di Pantai Sungai Rengit, Johor, pasukan ATM telah berjaya menahan tiga PATI kerana tiada dokumen pengenalan diri yang sah. Sebanyak 82 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam,” katanya.-Malaysiapost