Siti Sarah jumpa wakil masyarakat Orang Asli mohon maaf

0
2

Nurul Huda Abhar

PENYANYI dan usahawan, Siti Sarah Raisuddin bertemu dengan wakil masyarakat Orang Asli bagi membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya yang menyentuh sensitiviti kaum berkenaan.

Melalui hantaran di Instagram, Siti Sarah memohon maaf kepada rakyat Malaysia terutama 18 suku kaum Orang Asli kerana telah mengguris hati mereka dengan kenyataannya dalam satu video yang tular, baru-baru ini.

“Sesungguhnya tidak terlintas dan terniat untuk saya melukakan hati Orang Asli. Sebagai manusia biasa tidak lari dari melakukan kesilapan, saya pun sama.

“Sarah kesal dan menyesal atas apa yang berlaku. Dan apa yang terjadi ini menjadi satu pengajaran bukan sahaja untuk Sarah tapi juga kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

https://www.instagram.com/tv/CE4euPbhbQ3/?igshid=13ar0wwdljf2y

Pada masa sama, wakil masyarakat Orang Asli menerusi video dimuat naik Siti Sarap, berharap semua pihak khususnya dari suku kaum itu dapat menerima permohonan maaf yang dibuat oleh penyanyi dan juga isteri kepada pelawak Shuib Sepahtu.

Niat murni Sarah datang jumpa dengannya sebagai wakil masyarakat Orang Asli bagi menyuarakan kekesalan adalah baik, dan beliau berharap komuniti Orang Asli sudi memaafkan penyanyi itu.

“Sampai bila kita nak menghukum beliau, niat baik beliau kita terima. Harapan saya kita sama-samalah boleh memaafkan beliau,” katanya.

Siti Sarah menerima kecaman di media sosial apabila tular sebuah video mendakwa dia menghina masyarakat Orang Asli.

Dalam video tersebut, semasa mempromosikan produk rawatan rambut penyanyi itu ada menyebut “rambutnya dah rupa orang asli”. – Malaysiapost