SEORANG timbalan ketua bahagian Umno di Perak ditahan atas dakwaan menyeleweng dana hampir RM800,000 milik sebuah persatuan orang kurang upaya (OKU).
Memetik laporan Malaysiakini, lelaki itu merupakan pengerusi persatuan terbabit, selain ahli majlis sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri berkenaan.
Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad mengesahkan tangkapan terhadap ahli politik berusia 61 tahun itu pada 3 September lalu.
Beliau berkata, pihaknya menerima laporan suspek didakwa memindahkan wang dari akaun persatuan ke akaun peribadinya.
“Dia didakwa menyalahgunakan kuasanya untuk menyeleweng dana persatuan.
“SPRM sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 23 Akta SPRM kerana salah guna kuasa,” katanya.
Bagaimanapun, Fauzi menafikan bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan sebarang aktiviti politik suspek. – Malaysiapost

