Paras air laut tertinggi dalam tempoh 20 tahun, aktiviti pantai dilarang

0
2

Nurul Huda Abhar

ORANG ramai dinasihat tidak melakukan sebarang aktiviti rekreasi sepanjang pantai di Kuala Langat, berikutan peningkatan paras air laut tertinggi dalam tempoh 20 tahun.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata notis penutupan bagi aktiviti berkenaan adalah pada 18 hingga 20 September, 15 hingga 20 Oktober dan 14 hingga 17 November.

“Warga dan pelawat ke kawasan pantai di daerah Kuala Langat diingatkan agar tidak mengadakan sebarang aktiviti pada tarikh yang telah dinyatakan.

“Segala jenis aktiviti sepanjang pantai adalah tidak dibenarkan sama sekali,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Amirudin berkata, orang ramai perlu berwaspada kerana paras air ketika itu merbahaya dan sentiasa berhati-hati dengan keadaan sekeliling.

“Buat pengetahuan semua, ketinggian paras air laut pada tarikh tersebut adalah yang tertinggi dalam tempoh 20 tahun. Awasi mereka yang tersayang,” katanya lagi

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Bilik Gerakan Bencana Alam Daerah di talian 03 – 31822565. – Malaysiapost