Azmin, Zuraida dilantik MPT Bersatu

0
1

AHLI Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dilantik Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu.

Menurut kenyataan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, keputusan itu dibuat oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya lagi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Redzuan Yusof yang sebelum ini tewas dalam pemilihan parti turut dilantik sebagai ahli MPT.

Turut diberi kepercayaan untuk menggalas tugas sama adalah Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abdul Latiff Ahmad; bekas exco Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari dan Dr Muhammad Faiz Na’man

Hamzah yang juga Mneteri Dalam Negeri mengekalkan kedudukannya dalam parti sebagai Setiausaha Agung, manakala Datuk Mohamed Salleh Bajuri dilantik bendahari.

Selain itu, Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Wan Saiful Wan Jan dilantik sebagai Ketua Penerangan Bersatu.

Dalam kenyataan itu, Muhyiddin turut melantik ketua dan timbalan ketua Bersatu negeri.

Hamzah dilantik Ketua Bersatu Perlis; Mohd Suhaimi Abdullah (Kedah), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (Perak dan Pahang) serta Datuk Shabudin Yahaya (Pulau Pinang).

Di Selangor, Abdul Rashid mengekalkan kedudukannya sebagai ketua Bersatu negeri, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya (Wilayah Persekutuan), Datuk Mohd Rafiz Naizamohideen (Melaka).

Datuk Kamarudin Md Nor dilantik sebagai ketua Bersatu Kelantan, Senator Datuk Razali Idris (Terengganu), Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (Sabah) dan Jakiri Alkaf Abdillah Suffian (Sarawak).

Muhyiddin sendiri menggalas tugas sebagai Ketua Bersatu Johor.

Sementara itu, MPT pada mesyuarat semalam memutuskan untuk melantik ketua untuk beberapa biro.

Muhyiddin adalah pengerusi biro politik Bersatu, Ahmad Faizal (biro pengurusan), Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (biro pilihan raya dan kajian); Dr Mohd Radzi Jidin (biro latihan dan perkaderan); Rafiq (biro penambahan ahli dan cawangan) dan Shabudin Yahaya (biro agama).

Majlis itu juga memutuskan untuk melantik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebagai pengerusi biro ekonomi, sementara Azmin dilantik menerajui biro antarabangsa Bersatu. – Malaysiapost