Aksi cium, remaja lelaki mohon maaf

0
1

REMAJA lelaki yang terbabit merakam dan menularkan video bercium dengan anak penyanyi Nora Ariffin, hari ini membuat permohonan maaf menerusi video pendek di Twitter.

Dalam video berdurasi 1 minit 2 saat itu, remaja yang dikenali sebagai Mohd Zuher itu mengakui bertanggungjawab atas apa yang berlaku.

“Assalamualaikum. Saya Mohd Zuher ingin memohon maaf terutamanya kepada seluruh ahli keluarga Puan Nora dan juga ahli keluarga saya.

“Saya juga bertanggungjawab atas apa yang berlaku kepada anak Puan Nora iaitu Putri (Putri Nor Dahlia) untuk dijadikan ‘viral’ (tular).

“Akhir kata, saya ingin memohon maaf atas penularan video itu,” katanya yang turut mengakui kesal dengan kejadian itu.

Baru-baru ini, tular klip video mirip anak gadis Nora yang kelihatan bercumbu dengan seorang remaja lelaki yang tular di media sosial.

Nora menerusi akaun media sosialnya kelmarin mengakui remaja berkenaan adalah anak perempuannya. -Malaysiapost