Tak pakai pelitup muka kes ingkar PKP tertinggi semalam

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

SERAMAI 48 individu ditahan polis atas pelbagai  kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan( Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kesalahan paling tinggi dikesan semalam adalah tidak memakai pelitup muka iaitu sebanyak 17 kes.

“Kesalahan lain, gagal menyediakan peralatan serta catitan keluar masuk iaitu sebanyak 12 kes, premis beroperasi lebih masa (13) dan langgar perintah kuarantin (1).

“Terdapat juga kesalahan membabitkan aktiviti dengan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan fizikal (5),” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri memaklumkan dalam Operasi Benteng, pihak berkuasa melakukan 28 tangkapan membabitkan 83 pendatang asing tanpa izin (PATI), serta masing-masing seorang tekong dan penyeludup.

“Operasi turut merampas satu bot dan lima kenderaan darat.

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguatkuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutama di lorong-lorong tikus,” katanya.-Malaysiapost