The Rock, keluarga sudah pulih dari Covid-19

0
2

Nurul Huda Abhar

[Dunia] PELAKON Dwayne Johnson berkongsi berita bahawa dia bersama isteri dan dua anak perempuannya yang positif Covid-19 beberapa minggu lalu, kini telah pulih.

Menerusi satu hantaran video di laman Instagram, Johnson atau mesra di sapa “The Rock” memberitahu situasi tersebut adalah perkara sukar yang perlu dilaluinya.

“Bagi anda semua di mana sahaja berada di seluruh dunia, saya ingin memberitahu anda maklumat terkini mengenai beberapa perkara yang telah saya lalui selama beberapa minggu lepas.

“Isteri, Lauren, termasuk dua anak  perempuan dan saya telah disahkan positif Covid-19. Ini adalah salah satu perkara paling mencabar dan sukar yang terpaksa kami tempuhi sebagai sebuah keluarga dan juga saya secara peribadi,” katanya hari ini.

Menurut The Rock, berhadapan situasi positif Covid-19 lebih teruk berbanding dengan kesukaran serta kecederaan sepanjang bergelar pelakon dan ahli gusti.

Selain itu, beliau terkesan apabila isteri dan anak-anaknya sendiri dijangkiti wabak maut tersebut.

“Keutamaan saya adalah melindungi keluarga. Lindungi anak-anak. Saya tahu itu juga menjadi keutamaan anda semua.

“Saya dengan gembira mahu beritahu kami sekeluarga dalam keadaan baik. Kesihatan kami sudah pulih. Syukur pada tuhan,” katanya lagi.

Tambah The Rock, mereka sekeluarga dijangki wabak berkenaan daripada keluarga rapat.

Tidak menyalahkan sesiapa, beliau berkata mereka sekeluarga telah diasingkan untuk kuarantin dan rawatan lanjut.

Bagi pelakon yang mendapat bayaran tertinggi dunia itu, dia menasihatkan agar orang ramai meningkatan sistem imun badan agar kekal sihat dan terhindar dari penyakit.

Selain itu, beliau memberitahu orang ramai perlu lebih peka dengan tetamu yang datang ke rumah masing-masing kerana wabak Covid-19 tidak menunjukkan sebarang gejala.

“Displinkan diri anda, kekalkan imun sistem dengan ambil vitamin sampingan. Paling penting periksa semua tetamu anda. Pastikan mereka diuji untuk pastikan mereka bebas wabak ini,” katanya lagi.

Sejak pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia, bintang terkenal Hollywood termasuk Tom Hanks, Antonio Banderas dan Idris Elba telah diuji positif wabak berkenaan, tetapi telah pulih sepenuhnya. – Malaysiapost

https://www.instagram.com/tv/CEp-wn_g5mw/?igshid=12qt19evu64rw
https://www.instagram.com/tv/CEp-wn_g5mw/?igshid=12qt19evu64rw