Tahniah Mira Filzah, Selamat Pengantin Baharu!

0
2

Pelakon dan pengacara popular, Mira Filzah selamat diijabkabul dengan jejaka pilihan hati, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar sebentar tadi.

Dengan sekali lafaz, Mira Filzah sah menjadi isteri Wan Emir yang juga anak kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid dengan mas kahwinnya seutas gelang emas.

Pasangan mempelai dua sejoli itu mengenakan busana serba putih.

Akad nikah itu disempurnakan oleh bapanya sendiri, Badioezaman disaksikan oleh Pendaftar nikah cerai rujuk Jawi Ustaz Mohd Abdul Nasir Abdullah.

Majlis akad nikah ini dibawa secara eksklusif menerusi siaran langsung akaun YouTube TV3, mulai jam 8.30 malam tadi.

Sebelum ini, Mira Filzah mengesahkan tentang majlis ijabkabulnya di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur. -MalaysiaPost