Lokap Lahad Datu catat kluster baharu

0
1

Fitri Nizam

[Covid-19] KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu kluster baharu di sebuah lokap polis di Lahad Datu, Sabah yang dinamakan Kluster Benteng LD yang mencatatkan tujuh kes membabitkan tahanan lokap berkenaan.

Tujuh kes berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes direkodkan hari ini adalah 14 setakat jam 12 tengah hari ini.

Selain itu, seorang individu iaitu pesakit daripada kluster Tawar di Pulau Pinang meninggal dunia.

Ketua Pengarah KKM, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, berkata sembilan daripada kes baharu yang dikesan itu membabitkan penularan tempatan.

“KKM ingin memaklumkan bahawa satu kluster baru telah dikenalpasti hasil saringan terhadap tahanan baru di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, Sabah.

“Setakat ini, seramai 50 orang tahanan telah disaring pada 28 Ogos, daripada jumlah ini, tujuh kes dikesan positif Covid-19; dan 43 individu adalah negatif,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, kes positif Covid-19 kluster lokap ini melibatkan enam Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) dan seorang warganegara Malaysia.

“Kesemua kes positif ini tidak bergejala dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu,” katanya. – Malaysiapost