Padah isi minyak tidak matikan enjin

0
2

GARA-gara mengisi minyak tanpa mematikan enjin kereta, seorang lelaki melecur di sambar api dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan, malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, mangsa yang berusia 31 tahun juga berputih mata kerana kereta yang dinaikinya turut terbakar.

Jurucakap bomba memaklumkan,  pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 8.11 malam dan tiba di lokasi kejadian tiga minit kemudian.

“Ketika tiba di lokasi, kereta berkenaan terbakar 10 peratus di bahagian pintu belakang sebelah kanan dan 30 peratus terbakar pada bahagian hadapan pam minyak.

“Kita dapati terdapat seorang mangsa dalam kejadian itu dan dia dibawa ke hospital untuk menerima rawatan,” katanya.

Difahamkan, mangsa melecur pada bahagian kaki dan tangan.-Malaysiapost