Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
“Syukur, secara rasmi Saudara Mohd Zaidi Aziz, Calon BN menang dengan majoriti 10,945. Terima kasih kepada pengundi DUN Slim kerana mengundi Barisan Nasional”

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan
“Syukur Alhamdulillah, terima kasih kepada semua pengundi. Tahniah diucapkan kepada YB Dato Shaarani, Pengarah PRK Slim dan seluruh jentera Umno, BN, PAS, rakan BN serta semua petugas yang bertungkus lumus. semasa PRK ini.
“Kita berjumpa pula di PRN Sabah pada 12 Sept nanti, Insha Allah. Selamat menjalankan tugas saudara Zaidi YB ADUN Slim yang baharu.“
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
“Warga pengundi Slim, terima kasih. Terima kasih kerana meneruskan momentum kebangkitan perjuangan rakyat bersama BN”
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid
“Alhamdulillah, kerusi N.58 Slim kekal milik Barisan Nasional.Kepada pengundi-pengundi di DUN Slim, terima kasih kerana telah membuat pilihan yang bijak dengan mengundi Calon No. 2, Mohd Zaidi Aziz”
Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Khaled Nordin
“Tahniah kepada Barisan Nasional dan calunnya YB Zaidi Aziz di atas kemenangan dalam PRK Slim. Sekali lagi BN membuktikan keunggulannya”
Setiausaha Agung BN Tan Sri Annuar Musa
“Dgn izin Allah calun BN dokongan BN MN PN telah berjaya menewaskan calun Bebas PEJUANG dokongan PH dgn majority besar..
Semoga kemenangan ini tidak melalaikan,malah mempertingkat keazaman utk berjuang membela segenap lapisan rakyat pelbagai kaum negara kita..INI AMANAH YG BESAR”
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan
“Tahniah YB Sdra Mohd Zaidi Aziz, ADUN baru utk kws #Slim. Antara perkara yg beliau buat sebaik diumum menang ialah jadi imam solat Maghrib (gambar saya ambil sendiri)”
Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
“PRK SLIM; semua saluran pengundi muda, BN menang besar. Alhamdulillah, anak muda kembali menyokong BN”
Bekas Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishamuddin Hussein
“Ini kemenangan yang bukan sahaja bermakna kepada Barisan Nasional, tetapi lebih penting kepada rakyat Slim”
Nota: Kenyataan ini dipetik tanpa suntingan








