PRK Slim: 60 peratus keluar mengundi

0
1

Muhammad Mustakim Ramli

LEBIH separuh daripada 22,749 pengundi DUN Slim keluar mengundi sehingga jam 3 petang ini.

Berdasarkan semakan menerusi akaun Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu, peratus keluar mengundi adalah 60 peratus.

Cuaca baik sepanjang tempoh mengundi hari ini dapat mencapai sasaran yang dijangka SPR.

SPR sebelum ini menjangkakan 85 peratus pemilih akan keluar mengundi.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S. Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Pengundian ini berlangsung dalam kebiasaan baharu berikutan penularan wabak Covid-19, dan sebanyak 12 pusat mengundi melibatkan 54 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga jam 5.30 petang ini.

Seramai 689 petugas dilantik SPR bagi mengendalikan proses pengundian PRK DUN Slim, hari ini.