BN menang besar PRK Slim

0
2

BARISAN Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim mengalahkan dua calon Bebas.

Sehingga jam 8.30 malam ini calon BN, Mohd Zaidi Aziz meraih 11,352 undi sekali gus meraih majoriti sebanyak 9,491 undi.

Calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi pula meraih 1,861 undi manakala seorang lagi calon Bebas, Santhara Sekaran Subramaniam hanya menerima 242 undi.

PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu di Hospital Bentong akibat serangan jantung. – Malaysiapost