29 peratus keluar mengundi setakat jam 11 pagi

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

HANYA 29 peratus pengundi keluar bagi menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Slim setakat jam 11 pagi ini.

Berdasarkan semakan di Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) itu, peratus keluar mengundi meningkat sebanyak 21 peratus dalam tempoh dua jam.

Ini kerana peratusan keluar mengudi pada jam 9 pagi hanyalah lapan peratus.

SPR sebelum ini menjangkakan 85 peratus pemilih akan keluar mengundi pada PRK kali ini.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S Santharasekaran dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.- Malaysiapost