Tanda nama Ismail Sabri dalam tulisan jawi curi tumpuan warganet

0
3

Nurul Huda Abhar

PENAMPILAN Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sering sahaja mencuri perhatian warganet.

Jika dahulu bajunya yang digayakan semasa sidang akhbar diumpamakan seperti juadah makanan, kini tanda nama dipakai beliau pula menjadi tumpuan.

Ismail Sabri yang digelar “Pak Long” oleh warganet kali ini mengenakan ‘tag’ nama dengan tulisan jawi.

Menerusi satu hantaran di laman Twitter milik @AshrafMhd, dia memuji tanda nama yang dipakai Menteri Pertahanan itu dan bertanya di mana beliau menempahnya.

“DS @IsmailSabri60, saja nak beritahu, tag nama DS (Datuk Seri) memang cantik. Boleh kongsi kat mana DS tempah?,” tulisnya.

Tanda nama tulisan jawi digunakan Ismail Sabri.

Rata-rata warganet memuji Ismail Sabri kerana memilih untuk menggunakan tulisan jawi di tanda nama, sekali gus memartabatkan lagi tulisan jawi yang kini semakin dilupakan.

Selain itu, terdapat cadangan warganet yang mahukan tulisan jawi menjadi salah satu tulisan rasmi dalam kerajaan.

“Baik kita jadikan jawi sebagai tulisan rasmi kerajaan,” kata Orang Semporna.

“Tahniah, dan syabas YB. Perubahan walaupun kecil tetapi ia bermakna untuk kita semua Nampak simple hanya tag nama tapi besar maknanya untuk negara,” balas Ree89zl.

“Ya, memang betul cantik,” kata Tanahairku.

“Apa jenis ikatan neck tie DS ye? Very smart Sir,” kata Ahmadmuzani.

Semoga tindakan beliau untuk memperkasakan lagi tulisan warisan ini menjadi ikutan pemimpin yang lain. – Malaysiapost