Aiman Hanif
CALON Barisan Nasional (BN) Mohd Zaidi Aziz dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Slim yang akan berlangsung esok, kata Ilham Centre.
Menurut kajian badan itu, amat sukar untuk mengubah penguasaan dan kekuatan Umno, PAS di Slim ditambah dengan demografi pengundinya
“Berdasarkan semua dapatan utama di atas, kami merumuskan calon BN berada di aras selesa untuk menang dalam PRK kali ini.
“Untuk menang, sebagaimana dinyatakan tadi, keadaan amat sukar untuk mengubah penguasaan dan kekuatan Umno dan PAS di sini.
“Jadi jumlah undi yang akan diterima oleh Pejuang akan memberi skala pemberat kepada
penerimaan pengundi,” katanya dalam satu laporan yang dikemukakan, hari ini.
PRK Dun Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai.
PRK ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru membabitkan calon BN, Mohd Zaidi Aziz, Amir Khusyairi dan sorang lagi calon Bebas Santharasekaran Subramaniam.
Pada PRU14, Mohd Khusairi yang mewakili BN menang dengan majoriti 2,183 undi menewaskan calon Bersatu yang bertanding atas tiket PKR, Mohd Amran Ibrahim dan calon PAS, Muhammad Zulfadli Zainal.
Sementara itu, Ilham Centre berpendapat dari segi kewibawaan calon, Amir Khusyairi lebih menonjol berbanding Mohd Zaidi.
“Sekiranya Amir Khusyairi mampu mengekalkan undi yang diperoleh Pakatan Harapan (PH) ataupun tidak hilang wang pertaruhan, maka ianya boleh dianggap satu kejayaan buat parti Pejuang dalam menempatkan mereka sebagai sebuah parti baru dalam landskap politik negara.
“Dengan cabaran Pejuang, parti ini berjaya memanfaatkan ruang dan peluang semasa fasa kempen ini untuk menyerang parti Bersatu terutama Tan Sri Muhyiddin Yassin,” kata laporan itu lagi. – Malaysiapost

