Kem Terendak catat tiga kes

0
1

Fitri Nizam

[Covid-19] KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan tiga kes penularan tempatan membabitkan warga Malaysia di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka.

Ia menjadikan kes baharu positif Covid-19 hari ini setakat jam 12 tengah hari tadi sebanyak lima kes termasuk dua kes import.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata dua daripada kes itu dicatatkan di Kem Terendak yang dikesan menerusi saringan pra pembedahan.

“Satu lagi kes dikesan menerusi saringan bergejala di hospital tentera berkenaan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dua kes import yang dilaporkan itu turut membabitkan warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu dari Filipina dan Mesir.

“Sehingga kini, terdapat lapan kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes (1.34 peratus daripada jumlah keseluruhan kes),” katanya.