Muafakat Nasional terima penyertaan Bersatu

0
3

Nurul Huda Abhar

MUAFAKAT Nasional (MN) mengesahkan menerima penyertaan Bersatu melalui satu jawapan rasmi yang ditandatangani oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Setiausaha Agung Bersama MN, Tan Sri Annuar Musa berkata, perkara itu telah dibincang dengan teliti dan mendalam oleh pemimpin dan ahli jawatan kuasa bersama MN, iaitu Umno dan PAS.

“Umno amat prihatin dan mengambil berat akan usaha menyatupadukan orang melayu dan membina kelompok teras Melayu Islam.

“Atas dasar itu Umno telah bersetuju supaya MN menerima penyertaan Bersatu, dan ingin melihat penyatuan dan perpaduan orang Melayu bertambah mantap selaras dengan piagam MN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, Umno dan PAS secara komited telah membentuk gagasan MN kerana keadaan kuasa politik Melayu Islam semakin lemah lantaran perpecahan yang semakin parah.

Jelasnya, penerimaan rakyat pelbagai kaum jelas diperlihatkan dengan kemenangan dalam siri-siri Pilihan Raya Kecik (PRK) yang diadakan. – Malaysiapost