Messi mahu tinggalkan Barcelona

0
2

LIONEL Messi dilaporkan memberitahu Barcelona melalui faks bahawa dia ingin meninggalkan kelab itu dengan perpindahan percuma musim panas ini.

Perkembangan luar biasa itu berpotensi menjadikan pemain berusia 33 tahun tersebut melakukan perpindahan dramatik ke Manchester City dan pertemuan semula dengan Pep Guardiola.

Manchester United, PSG, Inter Milan dan Juventus juga dilapor menunjukkan minat, lapor Daily Mail.

Wartawan Argentina yang rapat dengan pemain itu, Veronica Brunati, membongkar kisahnya semalam dan kemudian disahkan sumber yang dekat dengan kelab Catalan itu.

Langkah berani Messi segera dipuji oleh Carles Puyol dalam satu ciapan di Twitter: ‘Hormat dan kagumi Leo.  Sokongan sepenuhnya dari saya, amigo. ‘

Tweet Puyol kemudian dipuji dalam balasan dari Luis Suarez.

Messi sepatutnya melaporkan diri untuk musim baru pada Ahad ini untuk menjalani saringan Covid-19 tetapi dikatakan tidak berniat bertemu dengan jurulatih baru, Ronald Koeman atau menghadiri sesi latihan pertama hari berikutnya. – Malaysiapost