Ronald Kaindee, Radzi menang jawatan Naib Presiden Bersatu

0
1
SHAH ALAM 30 DISEMBER 2017. Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia di IDCC, Shah Alam. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Aiman Hanif

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Dr Ronald Kiandee, Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Exco kerajaan Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen menang jawatan Naib Presiden Bersatu.

Manakala jawatan Presiden dan Timbalan Presiden seperti mana telah diketahui ramai disandang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tan Sri Syed Hamid Albar yang mengumumkan keputusan itu berkata 177 bahagian telah berjaya mengadakan persidangan parti itu semalam.

Daripada 179 bahagian, dua bahagian gagal bersidang kerana tidak cukup korum.

Seramai 23,438 ahli parti telah mengambil bahagian dalam pemilihan parti bagi menentukan kepiminan baru Bersatu.

Sebelum ini jawatan Presiden Bersatu yang disandang Muhyiddin dicabar bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Bekas Setiausaha Agung Bersatu Datuk Marzuki Yahya pula bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Bagaimanapun kedua-dua mereka disingkirkan daripada parti itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof tewas dalam pemilihan parti itu bagi merebut jawatan Naib Presiden.