Remaja rogol adik kandung

0
1

[Jenayah] Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan polis tengah malam tadi, selepas disyaki merogol adik kandungnya yang setahun lebih muda.

Remaja terbabit ditahan di tepi jalan di Jalan Universiti, Petaling Jaya oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Ia susulan laporan pemeriksaan yang mendapati ada kesan koyakan lama pada alat sulit mangsa.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan sumbang mahram berkenaan yang berlaku di kediaman mereka pada 26 Julai lalu kepada guru kuanseling di sekolahnya.

“Susulan itu guru sekolah memaklumkan kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang kemudian menyelamatkan mangsa pada jam 7.30 malam tadi dari kediamannya.

“Selain mangsa, JKM turut menyelamatkan seorang lagi adik perempuan mangsa dan ditempatkan di bawah jagaan badan kebajikan itu sehingga siasatan polis selesai,” katanya seperti dilapor BH.

Nik Ezanee berkata suspek kini direman tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.

Mangsa adalah anak kedua daripada lima beradik.

Gambar hiasan