Dewan Rakyat hari ini menerima usul untuk bagi menurunkan kadar kompaun kepada kesalahan tidak memakai pelitup muka di kawasan sesak.
Usul itu dibentangkan Ahli Parlimen (Bandar Kuching-PH), Dr Kelvin Yii mengikut peraturan 18(1) bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Dr Kelvin mengemukakan usuk berkenaan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, memaklumkan usul diterima selepas ia memenuhi tiga kriteria utama iaitu bersifat tertentu, membabitkan kepentingan awam dan berkehendakkan ia disegerakan.
“Saya meneliti dan mendapati perkara ini tertentu, membabitkan keputusan orang ramai dan berkehendakkan disegerakan, perkara ini juga perlu disegerakan.
“Oleh demikian saya membenarkan usul ini dibahaskaan mengikut peraturan mesyuarat 16(6). Usul akan dibahaskan pada hari ini jam 2.30 petang di kamar khas,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.
Terdahulu, Kelvin semasa membentangkan usul berkenaan memaklumkan kadar denda RM1,000 yang dikenakan ketika ini terlalu tinggi dan membebankan terutama bagi rakyat tidak berkemampuan serta golongan pelajar.

