PRK Slim: Pemimpin utama turun padang bantu kempen

0
2

[PRK Slim] Hari kedua kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim menyaksikan pemimpin utama BN mula turun padang berkempen bagi memenangkan calon yang dipertaruhkan Mohd Zaidi Aziz.

Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden Umno hari ini turun padang bersama calon BN untuk berkempen.

Turut hadir berkempen memberikan sokongan kepada Mohd Zaidi iaitu Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan bersama bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Tak kurang juga di sebelah calon Bebas yang ditaja parti Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kempen calon Bebas Amir Khusyairi Mohamad Tanusi turut ditemani bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.

Mukhriz menemami calon Amir bertemu pengundi di sekitar pekan Slim River, manakala Maszlee memberi tumpuan di kawasan Felda.

Kedua-dua calon pada masa ini masih menumpukan kempen mereka dengan menyantuni penduduk menerusi lawatan mesra dan dari rumah ke rumah selain ceramah berkelompok dalam jumlah yang kecil.

Pendekatan tersebut selaras dengan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Foto : Berita Harian Online