[PRK Slim] Tiga calon tiba di pusat penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim River yang berlangsung dengan aman hari ini bertempat di Majlis Daerah Tanjung Malim (MDTM).
Proses penamaan bermula pada jam 9 pagi ini dengan bakal calon diberi tempoh satu jam sehingga jam 10 pagi untuk mengemukakan borang pencalonan
Kelihatan Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR), Shamsul Ridzuan Idris juga telah sampai di perkarangan MDTM bagi menjalankan tugas.
PRK Slim River kali ini menampilkan calon Barisan Nasional calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz, 43, yang tiba pada pukul 8.57 pagi dan disusuli calon Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, 38, pada pukul 8.59 pagi.
Turut hadir sebagai calon Bebas adalah
S.Santharasekaran, 44, yang merupakan Presiden Pertubuhan Konservasi Alam Malaysia (Perkam) pada 8.50 pagi.
PRK DUN Slim diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, akibat serangan jantung pada 15 Julai lepas.
SPR menetapkan pengundian awal bagi PRK DUN Slim pada 25 Ogos manakala hari mengundi pada 29 Ogos membabitkan 23,094 pengundi iaitu 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal dan dua pengundi tidak hadir luar negara.
Foto : Sinar Harian

