Shukor Adan usaha padang bola sintetik

0
2

Bekas kapten pasukan kebangsaan, Shukor Adan kini mengusahakan padang bola sintetik sebagai persediaan apabila bersara kelak. 

Beliau yang masih bermain bersama skuad Kuala Lumpur  memaklumkan, padang bola sintetik di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi itu diusahakan bersama jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim. 

“Saya pemain bola sepak. Mungkin apa yang saya dapat lihat di padang, kalau sudah bersara, saya mungkin boleh membuka akademi di padang milik sendiri. 

“Ini adalah satu permulaan yang saya fikirkan bila bersara nanti. Saya harap peminat doakan kejayaan saya,” katanya. 

Mereka yang berminat untuk menempah padang bola  sintetik ini bleh mengikuti perkembangan maklumatnya menerusi Instagram Shukor Adan iaitu shukoradan atau arenajubliperak.