Amanah Kelantan bergolak, lapan cawangan bakal dibubar?

0
2

Parti Amanah Kelantan dikatakan bergolak apabila lapan cawangan parti itu bakal dibubarkan dalam masa terdekat ini.

Memetik kenyataan pemerhati politik Kelantan yang mesra Pakatan Harapan (PH) Mohd Sayuti Omar, berkata satu sidang media khas akan diadakan bagi tujuan itu.

“Khabarnya satu sidang akhbar akan diadakan untuk memaklumkan tindakan berkenaan.

“Kasihan nasib parti Amanah, sudahlah kerajaannya bersama PH sudah hilang, ditimpa pula dengan ancaman lapan cawangan hendak dibubarkan,” tulis Mohd Sayuti di Facebooknya.

Amanah Kelantan dipimpin bekas Ahli Parlimen Pasir Puteh, Muhammad Husin.

Beliau dipilih secara sah sebagai Pengerusi Parti Amanah Kelantan yang baharu bagi sesi 2019-2022 pada kongres parti itu.

Pelantikan itu sekali gus menggantikan Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang mengumumkan hasrat melepaskan jawatan berkenaan sejak Julai lalu.

Sementara itu Mohd Sayuti berharap agar kepimpinan Amanah Kelantan segera menyelesaikan kemelut yang melanda itu.

“Harap pemimpin utama negeri berkenaan sedia maklum mengenai desas desus ini dan cubalah atasi agar niat pembubaran itu dibatalkan.

“Kalau berlaku ia sesuatu yang mendukacitakan sekali,” katanya.