Harga pelitup akan turun lagi

0
2
KUALA LUMPUR, 9 Mac -- Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini.?Pelantikan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang akhbar khas di Perdana Putra Putrajaya.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??

Muhammad Afiq

[Parlimen] Kerajaan yakin harga pelitup muka akan dapat diturunkan sehingga RM0.80 sen sekeping, kata
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Beliau bagaimanapun berkata, buat masa ini kerajaan memberi fokus untuk memastikan bekalan barangan itu dapat dibekalkan kepada pengguna.

“Kementerian melihat kemungkinan harga pelitup muka akan turun lagi sehingga mencecah RM0.80 sen sekeping.

“Bermula 15 Ogos ini pelitup muka tiga lapisan yang mengikut standard Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan dijual pada harga RM1,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Sebelum ini media melaporkan kerajaan bersetuju untuk menurunkan harga siling pelitup muka tiga lapis kepada RM1 seunit.

Dalam sesi Parlimen Nanta Linggi berkata kerajaan sedia menurunkan harga dari semasa ke semasa bagi mengurangkan beban orang ramai susulan arahan kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang sesak mulai, 1 Ogos lalu

“Kementerian juga bersedia untuk menurunkan lagi harga siling ke paras yang lebih rendah dari semasa ke semasa.

“Langkah ini akan dilakukan secara berterusan. RM1 satu unit tidak akan berakhir di situ sahaja kerana kita akan tengok dan kaji lagi bersama pemegang taruh,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Nanta Linggi berkata, penetapan harga baru itu partinya memberi kelegaan kepada orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Itu harga yang kita tetapkan, peruncit nak jual murah lagi tidak mengapa,” katanya lagi.

Katanya lagi, pemantauan oleh pihak berkuasa akan dilakukan bagi memastikan peniaga mematuhi ketetapan yang telah dibuat.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi perintah ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya.