Pejuang nama parti baharu Tun M?

0
2

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan Pejuang adalah nama parti barunya berdasarkan perkongsian di Facebook, sebentar tadi.

Dr Mahathir berkata, parti itu ditubuhkan untuk menyelamat selepas parti sebelum ini ‘dihijack’ untuk selamatkan musuh.

Katanya, Bersatu ditubuh untuk hapuskan kleptokrat namun kini beralih arah.

“Parti kami ditubuh kerana kesedaran. Rasuah menghancur bangsa. Rasuah yang hancur orang Melayu.

“Jika ingin dapat jawatan dan wang.
Pilih parti lain. Jika ingin tebus maruah. Jika ingin kekal hak kita. Pilih parti kami.
Pilih PEJUANG,” katanya.

Sebelum ini pada 7 Ogos lalu, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan parti baharu namum belum diberikan nama.

Beliau juga turut memaklumkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai presiden parti baharu yang ditubuhkan.