Pelatih pakar bedah, Dr Nur Amalina Che Bakri mengikat tali pertunangan dengan lelaki warga Eropah, hari ini.
Pengumuman itu dikongsi sendiri oleh Dr Nur Amalina melalui laman sosial Instagram @dramalinabakri.

Menerusi gambar yang dimuat naik itu Amalina berkata, beliau teruja untuk membuat persiapan perkahwinan di kedua-dua belah pihak iaitu di United Kingdom dan Malaysia.
Amalina pada 2018 pernah memuat naik gambarnya bersama lelaki berkenaan dan mengakui bahawa pemuda Eropah itu adalah teman lelakinya.

