Nurul Huda Abhar
Penyanyi, Ippo Hafiz, 31, bergelar bapa selepas menerima kelahiran bayi lelaki yang diberi nama, Yusuf Zarin Nur kelmarin.
Ippo atau nama sebenar Muhammad Hafiz Yaziz menerusi hantaran Instagramnya mengucapkan syukur setelah isteri, Fara Roslan, dan bayi berada dalam keadaan yang baik.
“Segala puji milik Allah, waktu asar tadi lahir ‘Yusuf Zarin Nur’.
“Sungguh kuat bidadari @fararoslanx yang bertarung tadi,” tulisnya.
Ippo turut menyatakan keterujaannya yang menanti penuh sabar sepanjang sembilan bulan proses kehamilan isterinya.
Pelantun lagu Saat Bahagia itu juga mengucapkan terima kasih kepada petugas-petugas Hospital Andorra yang membantu isterinya semasa bersalin.
“Terima kasih tak terhingga, sangat ‘excited’. Sungguh hargai penantian selama sembilan bulan.
“Terima kasih kepada yang mendoakan ya. Terim kasih Dr Khamsiah dan & jururawat @andorrahospitalofficial yang sangat hebat membantu dan berjuang dalam proses kelahiran,” katanya lagi.
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 24 Ogos 2018 dalam satu majlis di Ampang, Kuala Lumpur.
Ippo juga mempunyai seorang anak angkat perempuan yang dijaganya sejak lahir diberi nama, Cinta Rizky Amanda.

