PU Syed harap konsert Billie Elish dibatalkan

0
2

KEHADIRAN penyanyi popular antarabangsa, Billie Elish ke negara ini bagi menjayakan konsert sulungnya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini mendapat perhatian Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak.

Menerusi hantaran di Instagramnya, PU Syed dilaporkan menegur umat Islam supaya tidak terus lalai dengan hiburan serta berharap penganjuran konsert ‘Happier Than Ever, The World Tour’ oleh Billie itu dibatalkan.

Menurut PU Syed, penganjuran konsert tersebut tidak mendatangkan sebarang faedah kepada negara, agama dan bangsa.

“Penganjuran yang tiada manafaat pada agama bangsa dan negara. Cukup-cukuplah berhibur sehingga lupa Tuhan.

“Benda boleh larang, buat apa nak anjurkan? Semoga konsert ini gagal dianjurkan,” katanya.

Bagaimanapun, tinjauan Malaysiapost mendapati hantaran berkenaan sudah tiada di laman Instagram PU Syed dan dipercayai sudah dipadamkan.

Konsert Billie Eilish Happier Than Ever The World Tour 2022 yang akan berlangsung pada 8.30 malam ini, mendapat sambutan ribuan peminat yang dilaporkan sudah mula membanjiri perkarangan Axiata Arena, Bukit Jalil, di sejak awal pagi tadi.

Rata-rata mereka mahu memastikan mereka mendapat tempat terbaik bagi menyaksikan konsert sulung penyanyi kelahiran Los Angeles, California, Amerika Syarikat itu di negara ini.

Difahamkan, bintang pop berusia 20 tahun itu tiba di ibu kota, kelmarin bagi menjayakan konsert yang dibawakan Live Nation Malaysia itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here