Polis cari lelaki gunting jalur gemilang 

0
2

POLIS sedang mengesan seorang lelaki yang menggunting dan merosakkan Jalur Gemilang yang dipasang di sekitar kawasan Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) di ibu negara, selepas perbuatannya tular di media sosial malam semalam. 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata usaha mengesan individu itu sedang dijalankan namun pihaknya tidak menerima sebarang laporan  berhubung kejadian tersebut setakat ini. 

“Usaha mengesan individu yang melakukan perkara itu (gunting dan rosakkan Jalur Gemilang) sedang dijalankan,” katanya seperti dilapor MalaysiaGazette. 

Tambah Noor Delhan, polis juga sedang meneliti rakaman video tular di media sosial untuk tindakan lanjut. 

Menerusi video berdurasi 38 saat di TikTok memaparkan perbuatan pelik seorang lelaki berbaju merah lengan panjang dan topi biru menggunting dan merosakkan beberapa Jalur Gemilang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here