Pekerja kebun sayur maut dalam pergaduhan

0
2

Ben Ibrahim

SEORANG pekerja kebun sayur meninggal dunia selepas terbabit dalam pergaduhan di Lebu, dekat Mempaga, Bentong, awal pagi tadi.

Mangsa berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia selepas dikejarkan ke Hospital Bentong.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, seorang suspek berusia 26 tahun dan dipercayai kenalan mangsa berjaya diberkas di kawasan kebun sayur berkenaan.

“Mangsa dan suspek adalah warga asing dan bekerja di kebun sayur terbabit.

“Kami menerima laporan mengenai kejadian pergaduhan itu kira-kira jam 2.50 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota ditugaskan ke lokasi kejadian bagi melakukan siasatan.

“Mangsa ditemui dalam keadaan cedera parah dan dihantar ke Hospital Bentong bagi rawatan namun disahkan meninggal dunia jam 5.40 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd Zaiham berkata, pihaknya berjaya menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek dalam pergaduhan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek sudah direman sehingga 23 Ogos ini bagi melengkapkan siasatan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here