‘Saya doa Najib, keluarga tabah’ – Hishammuddin

0
2

“SAYA doakan Datuk Seri Najib dan keluarga tabah hadapi dugaan ini.” Demikian doa Datuk Seri Hishammuddin Hussein kepada bekas Perdana Menteri itu yang menghadapi rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Beliau yang merupakan Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) percaya terhadap proses kehakiman yang bebas dan berharap ianya berjalan dengan adil serta lancar.

“Secara peribadi saya memang mendoakan Datuk Seri Najib dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini… semoga segala-galanya dipermudahkan.

“Apa yang penting saya doakan proses di mahkamah akan berjalan secara adil,” katanya.

Mahkamah Persekutuan Isnin lalu menolak permohonan peguam utama Najib yang baru dilantik pada 21 Julai lalu, Hisyam Teh Poh Teik untuk menangguhkan prosiding rayuan akhir dengan alasan pasukan peguam memerlukan lebih masa untuk mengkaji kes berkenaan dan membuat persiapan.

Panel yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat, dalam keputusannya berkata, mahkamah sudah mengingatkan sebanyak empat kali bahawa ia tidak akan membenarkan prosiding ditangguhkan walaupun berlakunya pertukaran peguam perayu.

Panel juga sebulat suara menolak permohonan Najib untuk memasukkan bukti tambahan membabitkan bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali menerusi rayuan akhirnya.

Panel membuat keputusan itu selepas mendapati ia gagal untuk melihat bagaimana peranan Mohd Nazlan dalam Maybank sebelum ini selaku Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank boleh memberi kesan kepada penemuannya dalam perbicaraan SRC. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here