Amir cadang buka cawangan Air Jagung Amirreka di Kelantan

0
3

SUSULAN sambutan menggalakkan terhadap Air Jagung Amirreka diusahakannya, Amir Raja Lawak kini menyimpan hasrat mengembangkan bisnes tersebut ke negeri kelahirannya di Kelantan.

Pelakon dan pelawak itu kini boleh berbangga apabila bisnes air jagung yang dimulakannya sejak tahun 2017, semakin mendapat sambutan daripada orang ramai.

Amir, 33, mengusahakan bisnes tersebut di Prima Saujana, Kajang.

Menerusi satu perkongsian di Facebooknya, Amir memaklumkan dia bercadang membuka cawangan Air Jagung Amirreka di Kelantan dan bertanya kepada pengikut laman sosialnya sama ada ia bakal mendapat sambutan atau sebaliknya.

“Kalau buka Air Jagung Amirreka HQ kat Klate (Kelantan) yang saya sendiri handle (kendalikan), rasanya ada sambutan tak ni?

“Tapi kena ada kedailah kan lagi senang, pekerja pun kena ada juga ni. Saja tanya sebab tiba-tiba terfikir,” tulisnya.

Persoalan diutarakan Amir itu juga seakan memberi bayangan beliau mahu pulang mencari rezeki di negeri sendiri setelah sekian lama merantau di Lembah Klang.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikut Facebooknya bersetuju serta memberi sokongan terhadap Amir jika dia mahu membuka cawangan di Kelantan.

“Mesti dapat sambutan mer… tambahlah lagi ejen,” kata Kenari Biru.

“Klate jadi mir, kuasa beli tinggi,” kata Azahar Ainaa pula. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here