PAS lebih sayang PN selaku ‘isteri baharu’ 

0
2

PEMIMPIN PAS lebih sayangkan Perikatan Nasional (PN) yang dianggap ‘isteri baharu’ berbanding kerjasama bersama Umno menerusi Muafakat Nasional (MN). 

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan berkata ia terbukti apabila pemimpin parti itu tergamak menghina Umno dengan pelbagai gelaran sebelum ini. 

“Hakikat sebenar, mereka (pemimpin PAS) lebih sayang pada ‘isteri’ baru iaitu PN. 

“Hinggakan sanggup menghina Umno dengan gelaran itik patah kaki ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini. 

“Akhirnya rakyat buktikan, pilihan mereka.

BN jadi pilihan untuk sebuah kerajaan yang stabil dan terbukti mampu membela,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. 

Beliau mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Dr Mohd Zuhdi Marsuki bahawa Umno dan PAS perlu kembali ke meja rundingan. 

Menurutnya ia bagi memastikan 27 kerusi yang sangat berisiko tidak jatuh kepada Pakatan Harapan (PH) jika kedua-dua parti itu bertembung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Langkah itu juga katanya, perlu dilakukan bagi memelihara bahtera MN di samping menafikan peluang PH untuk menang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here