Tiga individu buat aksi ‘ala superman’ ditahan

0
3
Polis Di Raja Malaysia

TIGA penunggang motosikal ditahan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Pantai Seagate, Bayan Lepas awal pagi tadi, kerana menunggang motosikal secara berbahaya.

Individu terbabit berusia antara 19 hingga 36 tahun itu ditahan ketika Op Samseng Jalanan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal, berkata dua daripada mereka adalah pekerja kilang, manakala seorang lagi juruteknik lif.

“Ketika operasi diadakan, sekumpulan penunggang motosikal dilihat menunggang dengan laju secara membongkokkan badan seperti aksi Superman dan ini berbahaya kepada diri serta pengguna jalan raya lain.

“Tiga daripada mereka masing-masing menerima enam, empat dan satu saman atas pelbagai kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan,” hari ini.

Kamarul berkata, semua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here