Hanya individu benar-benar layak berhak jadi warganegara Malaysia – Hamzah 

0
2

TARAF kewarganegaraan Malaysia adalah anugerah tertinggi dikurniakan oleh kerajaan terhadap mana-mana individu yang berada dalam negara ini, kata Datuk Seri Hamzah Zainudin. 

Sehubungan itu, Menteri Dalam Negeri tersebut berharap semua pihak faham bahawa setiap permohonan kewarganegaraan perlu melalui proses semakan dan penelitian terperinci. 

Katanya, ia dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengikut lunas perundangan negara. 

“Ini kerana ia melibatkan isu keselamatan negara serta kepentingan awam yang lebih besar dari kepentingan mana-mana individu. 

“Segala peraturan dan proses yang ditetapkan adalah semata-mata bagi memastikan anugerah tertinggi ini diberikan kepada individu yang benar-benar layak menjadi warganegara Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here