Bersatu Balik Pulau buat laporan polis, mahu Zahid Hamidi disiasat 

0
2

BERSATU Bahagian Balik Pulau di Pulau Pinang semalam membuat laporan polis terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. 

Ia susulan ucapan Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) pada Konvensyen BN Selangor, baru-baru ini. 

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya yang turut dihadiri Ketua Bersatu Balik Pulau, Zolkifly Md Lazim. 

Menerusi hantaran di Facebooknya, Bersatu Balik Pulau meminta polis menyiasat ucapan Ahmad Zahid dalam video tersebut yang menggunakan istilah ‘gula’ didakwa untuk memunggah hasil negara. 

“Laporan dibuat supaya polis siasat ancaman dalam video ini. Dan siasat sama ada penjawat awam sedang diugut dan diancam supaya memberi ‘gula’ kepada parti dan ahli politik. 

“Bahagian Bersatu Balik Pulau sentiasa bersama rakyat dan dengan gabungan Perikatan Nasional (PN) sedia menghadapi PRU15 bila-bila masa untuk menghalang berulang sejarah pemerintah kleptokrat lalu di Malaysia,” katanya. 

Baru-baru ini, Ahmad Zahid ketika merasmi Konvensyen BN Selangor dilaporkan berkata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz yang dilantik bendahari BN Selangor mampu membawa ‘gula’ dalam usaha menawan semula negeri itu. 

“Noh Omar (pengerusi BN Selangor) kata ada gula (dibawa), Tengku Zafrul inilah yang akan bawa,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here