Jemaah Menteri guna kereta elektrik secara berperingkat – Tuan Ibrahim

0
2
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=414727036691265&set=pb.100044619150875.-2207520000..&type=3

PENGGUNAAN kereta elektrik bagi Jemaah Menteri akan dibuat dalam perolehan kerajaan secara berperingkat bermula tahun depan, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau menafikan laporan media baru-baru ini yang memetiknya sebagai berkata semua Jemaah Menteri akan menggunakan kereta elektrik pada tahun hadapan.

“Saya telah ditanya oleh wartawan mengenai penggunaan kereta elektrik. Saya telah jelaskan bahawa penggunaan kereta elektrik akan dibuat dalam perolehan kerajaan secara berperingkat bagi mendepani cabaran perubahan iklim.

“Ia selaras dengan kenyataan Perdana Menteri selepas mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia (MyCAC) pada 21 Jun 2022 lalu yang menyatakan cadangan akan menggunakan kenderaan elektrik dalam penganjuran acara besar kerajaan.

“Saya tidak menyatakan semua Jemaah Menteri akan menggunakan kereta elektrik pada tahun hadapan,” katanya dalam satu kenyataan.

Rabu lalu terdapat media melaporkan Tuan Ibrahim berkata, kerajaan memutuskan untuk menggunakan kenderaan elektrik kepada semua jemaah Menteri yang akan berkuatkuasa mulai tahun depan.

Beliau bagaimanapun berkata butiran mengenai penggunaan kenderaan tu masih belum diputuskan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here