Lelaki OKU cuba sorok gelang ‘pink’ ditahan

0
2

SEORANG lelaki orang kelainan upaya (OKU) ditahan selepas cuba menyembunyikan gelang merah jambu dipakainya di bawah tali jam tangan di pasar raya dekat Banda Hilir, Melaka, malam tadi.

Tindakan lelaki berusia 43 tahun itu dikesan orang awam sebelum melaporkan kepada pihak polis.

Turut ditahan bersama lelaki terbabit isterinya berusia 34 tahun, namun wanita itu tidak memakai gelang merah jambu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata lelaki OKU pendengaran itu ditahan kira-kira pukul 9.30 malam selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Gelang merah jambu wajib dipakai sepanjang 14 hari kuarantin wajib seperti diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap seseorang individu yang didapati kontak rapat dengan pesakit Covid-19 atau baru pulang dari luar negara. -Malaysiapost