Pasukan peguam Zaid tarik diri jika pendengaran rayuan kes SRC tak ditangguh 

0
2
Najib Razak

PASUKAN peguam baharu Datuk Seri Najib Razak akan menarik dari daripada mewakili bekas Perdana Menteri itu jika Mahkamah Persekutuan tidak membenar penangguhan pendengaran rayuan kes rasuah RM42 juta SRC International, 15 Ogos ini.  

Memetik Malaysiakini, perkara itu dimaklumkan kepada Mahkamah Persekutuan semasa pengurusan kes petang tadi. 

Justeru pasukan peguam baharu Najib dari Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners diketuai Hisyam Teh Poh Teik akan sekali lagi memohon penangguhan pendengaran rayuan Najib minggu depan.  

Pengurusan kes itu susulan permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baharu bagi membatalkan sabitannya terhadap tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah jenayah (CBT) dan pengubahan wang haram RM42 juta dana SRC. 

Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar terlebih dahulu permohonan memasukkan bukti baharu pada Isnin depan, diikuti rayuan utama SRC yang turut menyentuh mengenai hukuman penjara 12 tahun Najib dan denda RM210 juta. 

Pada 25 Julai lalu, Najib menamatkan khidmat peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan peguam daripada firma Tetuan Shafee & Co daripada mewakilinya dalam rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. 

Ahli Parlimen Pekan itu yang memberhentikan Tetuan Shafee & Co yang mewakilinya dalam kes SRC International sejak 4 Julai 2018 dengan serta-merta dan telah melantik firma guaman Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (“ZIST”) sebagai peguam cara baharu. 

Bagaimanapun pada 29 Julai lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here